SELAMAT DATANG

Kedalam separa picisan hidup melalui penulisan dalam merentangi garis alam.Ini adalah aku yang sendiri yang ikhlas dalam coretan tentang semua.




Cari Apa Saja

Salam Tahun Baru

30 Disember 2012





[ SELAMAT TAHUN BARU 2013 ]

#BUAT KELUARGA -> KORANG ADALAH YANG TERPENTING DALAM HIDUP

# BUAT YG TERSAYANG -> SAYA MINTAK MAAF KALAU SAYA ADA MENYAKITIMU

#BUAT SAHABAT -> JANGAN LUPA KAN AKU YA,BILA SUATU MASA NANTI KITE TERPISAH

#BUAT KAWAN -> MAAF KALAU AKU ADE SILAP N SALAH YG DISENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA

#BUAT MUSUH -> MAAF BIILA SELAMA INI AKU SELALU SALAH DIHADAPAN KAMU

#BUAT YG SAYANG PADA AKU -> AKU JUGA SAYANG KAN KAMU SEMUA

#BUAT YG PERNAH MENYAKITI AKU -> TERIMA KASIH KERNA SUDAH MENGAJAR AKU ERTI KESABARAN

#BUAT YANG TAK KENAL AKU -> TERIMA KASIH SUDAH SETIA SAVE AKU DI DALAM FRENLIST KORANG

TERIMA KASIH SEMUA I LOV U ALL

BYE-BYE 2012




Tahun Baru

28 Disember 2012



Pada Penceritaam nya seperti sesusatu gaya yang sangat "complicated" padahal azam tahun baru je,tapi tu lah,bila kita mempunyai impian berbekalkan cita-cita yang tinggi mesti menjadi sesuatu yang sangat penting buat diri kita.Sesuatu yang aku belajar dari pakar-pakar motivasi yang menjadi idola aku yang menyatakan sesuatu tu harus lah di rancang sebaik mungkin untuk menggapai apa yang dihajatkan walaupun kita sendiri sedar mungkin ianya mustahil namun berbekalkan usaha,doa,tawakal Insyaallah kita akan capai apa yang dicitakan,mudah-mudahan amin.


Jadi ini lah azam tahun baru aku di 2013

1.Aku ingin mendekatkan diri pada ALLAH
2.Cukupkan 5 rakaat
3.Mengembangkan lagi syarikat yang aku terajui Republic Marz.Serta menambah bilangan anak-anak nya he..
4.Mengambangkan serta membesarkan empayar Produk @ Branding sendiri
5.Menyimpan serta menabung untuk diri dan masa depan
6.Menambah koleksi kereta   I.Mazda Rx7  II.BMW  III.Mitsubishi Triton
7.Membeli rumah
8.Bawa keluarga bercuti ke luar negara
9.Bertunang ( mungkin hahahaaa...siapa pulak la calonnye kan )
10.Menjadi drifter yang best ( hahaha lama dah ni impian nye )

Untuk sekian kalinya,inilah azam aku,ada sesetengah nya mustahil untuk dipenuhi,namun aku sebagai manusia akan terus berusaha bagi merealisasikannya agar ianya dalam gemgaman.Insyaallah


Tips Mencari Isteri





Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.(Bidalan ltali).


2. Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.


3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina


4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.


5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman


6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.


7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan


8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia


9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!


10. Bertunang Jangan Lama
Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali


11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman


12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.


13. Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil


14. Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.



 From : Faceblog.com by Ustaz Azhar Idrus



Selamat Datang 2013

 

Walau senja belum berlabuh

Walau malam belum berakhir

Dentum meriam bak halilintar

Langit seakan pecah menyinari bumi

 

Saat itu kita merenung

Saat itu datangnya gembira

Seakan meriam teriakan malam

Cahaya kembang api pecahkan kelam

 

Telah kita lewati tahun penuh berkah

Tahun Baru.

Melangkah di akhir-akhir penghujung 2012 aku terkenang masih ada lagi perjuangan yang masih aku belum selesaikan,perjuangan terhadap kehidupan aku yang sentiasa berperang dengan suasana dunia.Langkah-langkah yang diatur masih sumbang,masih belum menentu haluan yang cuba aku susunkan,semuanya serba masih belum menjadi.Tapi ini lah kita sebagai manusia yang dijadikan tidak sempurna seperti yang di impikan,tapi kita harus redha dan tetap meneruskan apa yang telah dipertanggung jawab kan keatas kita.

Syukur alhamdulillah aku masih mampu bernafas dengan sempurna walau kadang tak seperti sediakala.Masih mempunyai kesihatan yang baik,Masih mempunyai rakan,kawan dan sahabat yang sentiasa ada tak kira dimana jua.Bersyukur juga masih mempunyai Keluarga yang bahagia,masih jua mempunyai tempat berteduh yang baik.Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar!!!

Seperti kelaziman makhluk bumi yang digelar manusia akan menanamkan azam pabila menjelangnya tahun baru,namun terkadang akan meneruskan azam lepas yang masih belum digapai.Begitu jugalah aku yang telah bersiap sedia menghadapi arus tahun baru dengan azam baru serta azam yang masih belum tercapai oleh diri ini.Aku berdoa sehabis mungkin semoga Tuhan memberikan rezki yang melimpah ruah kepada aku "insyaallah" pada tahun yang mendatang ini,selain aku sendiri harus berkerja lebih gigih dan bijak dalam segala hal.Aku juga merasakan tiba masanya aku perlu berubah enigma dunia aku kepada tahap yang lebih baik dari apa yang pernah aku lakukan sebelum ini,kerana kehadiran nya tahun-tahun baru aku menyebabkan meningkat nye umur aku ke angka yang lebih besar,jadi aku harus menjadi contoh dan teladan kepada adik-adik aku.

Pada ketika ini jika ada rakan taulan yang bertanyakan,apakah azam tahun baru aku,mungkin agak keberatan aku nak menyatakan,bukan kerana tidak mahu berkongsi,tetapi aku perlukan ruang sekitak mengkaji apa yang aku rencana kan dimasa akan datang.Menyusun strategi kehidupan yang lebih baik dalam segala aspek.

..:: Bersambung ::..

Keraguan

27 Disember 2012

Aku ragui dengan langkah yang lalu,aku cuba hayati dengan imbasan kembali tetapi masih belum mampu mencari apa yang masih tidak pasti,esok atau lusa belum pasti segalanya akan diketahui,pasrah? tidak mungkin kerana aku bukan jenis manusia yang tak mencuba jadi mana mungkin.Redha adalah satu kemungkinan tapi orang seperti aku ni suka mencari apa yang masih belum ada jawapan pada langkah2 yang sebelumnya.Tenanglah duhai hati,harmoni lah duhai jiwa agar aku tahu apa yang mengkusutkan segala pemikiran otak pemberian darinya.Jawapan akan terus ku cari,usaha takkan pernah mengalah kerana aku adalah aku yang mengetahui apa yang aku dan jasad aku mahukan.Biarlah lah terpalit sedikit kejahatan dan kekejaman tapi hakikat yang harus aku lakukan perlu aku buat.Akan teguh kaki ku berdiri dan menyusun langkah mencari segala jawapan dalam rencana yang telah dihidangkan semoga itu akan dirahmati oleh yang maha esa,insyaallah.

Langkah 2012

Perjalanan dialam 2012 semakin berakhir,langkah-langkah yang lepas meninggalkan sejuta satu makna,jatuh bangunya seorang insan yang diberi nama M.N.Akmal di tahun 2012 akan menjadi sejarah,luka-luka kepedihan,senyuman tangis dan segalanya telah menjadi lipatan yang mewarnai hidup.

Alhamdulillah ku panjatkan berbanyak syukur ku lafazkan,kerana pada langkah saat ini aku masih mampu bernafas di alam pancaroba yang sangat berliku.Terlalu banyak kenangan manis,pahit,sedih,gembira yang berlaku dalam aku melangkah sepanjang tahun 2012,yang baik akan ku kenangan,yang pahit akan ku lupakan,yang pedih akan kutinggalkan dan yang gembira sentiasa dibawa bersama.

Aku jua ingin meluahkan segala kemaafan kepada sesiapa sahaja yang telah aku sakiti,aku mungkiri,aku kasari.Walau aku tahu disini mungkin semua tersebut tak mungkin dapat membacanya tapi Tuhan mengetahui apa yang telah ku lakukan dan aku cuba,insayaalah.

2012 Terlalu banyak kenangan,Indah itu adalah segalanya tentang kehidupan,Pahit itu adalah tentang segala kejahilan,Gembira itu adalah segalanya tentang hubungan manusia sesamanya,sediah itu adalah segalanya tentang senyuman,tawa,mara,sakit yang sedih dan pedih akan aku tinggalkan berlalu bersama sejarah hitam yang lain..sampai bersambung lagi as salam.

Permaisuri

26 Disember 2012

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi
Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu
Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi
Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga
Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana
Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani

Dalam menggapai cintamu

Untuk Dia

23 Disember 2012


Duduk di sisi kiri kamu

sambil genggam erat jemarinya kamu
itu tenang


Mengira taburan bintang langit terang
Ditemani petikan gitar usang
Itu riang


Lalu sekali ini biar aku cantum kan gengaman ini
dan melodi gitar usang itu

dan biar ia temani aku sampai mati. 

Pengalaman

Kau karang rancangan hidup yang baru,Menulis semula selepas di beri tunjuk ajar,Oleh guru yang paling hebat,Mengubah cara hidup yang dahulu,Dia mampu lakukan semuanya,Membuat kau terduduk ke lantai,Berdiri megah di atas kaki sendiri,Berpeluk tubuh sambil tersenyum puas,Dan tidak lupa menadah tangan,Sambil mata berenang-renang dengan air mata,Penangan si guru hebat,Yang di panggil "Pengalaman". 

Siapa

Apakah rahsia dunia ini,Memang begini rasanya mencipta soalan dalam kepala?
Dan terus bingung dan keliru dalam dunia sendiri?
Siapa aku dimata mereka,
Siapa aku dimata teman aku yang aku anggap teman baik,
Siapa aku dimata guru-guru,
Siapa aku dimata manusia sekeliling ku,
Itu tidak mampu melawan soalan ini,
Soalan yang mampu buat aku termenung jauh,
Sambil terduduk lemah diatas lantai,
Dan anak mata aku terus lemas didalam takungan air mata,
Aku bertanya pada aku di dalam aku,
"Siapa aku dimata-NYA?"
Aku terdiam. Tunduk. Menadah tangan.

Wajah Dan Penulisan Baru

Hari ini bermula pada penulisan baru berkenaan dengan diary alam maya yang lalu.Yang lepas telah aku padam dan lupuskan,kerana hari ini aku ingin bermula dengan langkah yang baru.

Kali ini akan aku cuba menggerakkan jari jemari dengan penulisan dari ahari kehari untuk simpanan dan kenangan sendiri di masa-masa akan datang.

Hari ini,detik ini,langkah kanan ku bermula dengan penulisan yang baru,cerita yang baru insyaallah.
Banner generated at Pimp-My-Profile.com