SELAMAT DATANG

Kedalam separa picisan hidup melalui penulisan dalam merentangi garis alam.Ini adalah aku yang sendiri yang ikhlas dalam coretan tentang semua.




Cari Apa Saja

Tahun Baru.

28 Disember 2012

Melangkah di akhir-akhir penghujung 2012 aku terkenang masih ada lagi perjuangan yang masih aku belum selesaikan,perjuangan terhadap kehidupan aku yang sentiasa berperang dengan suasana dunia.Langkah-langkah yang diatur masih sumbang,masih belum menentu haluan yang cuba aku susunkan,semuanya serba masih belum menjadi.Tapi ini lah kita sebagai manusia yang dijadikan tidak sempurna seperti yang di impikan,tapi kita harus redha dan tetap meneruskan apa yang telah dipertanggung jawab kan keatas kita.

Syukur alhamdulillah aku masih mampu bernafas dengan sempurna walau kadang tak seperti sediakala.Masih mempunyai kesihatan yang baik,Masih mempunyai rakan,kawan dan sahabat yang sentiasa ada tak kira dimana jua.Bersyukur juga masih mempunyai Keluarga yang bahagia,masih jua mempunyai tempat berteduh yang baik.Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar!!!

Seperti kelaziman makhluk bumi yang digelar manusia akan menanamkan azam pabila menjelangnya tahun baru,namun terkadang akan meneruskan azam lepas yang masih belum digapai.Begitu jugalah aku yang telah bersiap sedia menghadapi arus tahun baru dengan azam baru serta azam yang masih belum tercapai oleh diri ini.Aku berdoa sehabis mungkin semoga Tuhan memberikan rezki yang melimpah ruah kepada aku "insyaallah" pada tahun yang mendatang ini,selain aku sendiri harus berkerja lebih gigih dan bijak dalam segala hal.Aku juga merasakan tiba masanya aku perlu berubah enigma dunia aku kepada tahap yang lebih baik dari apa yang pernah aku lakukan sebelum ini,kerana kehadiran nya tahun-tahun baru aku menyebabkan meningkat nye umur aku ke angka yang lebih besar,jadi aku harus menjadi contoh dan teladan kepada adik-adik aku.

Pada ketika ini jika ada rakan taulan yang bertanyakan,apakah azam tahun baru aku,mungkin agak keberatan aku nak menyatakan,bukan kerana tidak mahu berkongsi,tetapi aku perlukan ruang sekitak mengkaji apa yang aku rencana kan dimasa akan datang.Menyusun strategi kehidupan yang lebih baik dalam segala aspek.

..:: Bersambung ::..

0 comments:

Catat Ulasan

Banner generated at Pimp-My-Profile.com