SELAMAT DATANG

Kedalam separa picisan hidup melalui penulisan dalam merentangi garis alam.Ini adalah aku yang sendiri yang ikhlas dalam coretan tentang semua.




Cari Apa Saja

Kenapa 2

15 Januari 2011

Bila orang tanya kenapa tulis dalam blog tentang diri aku sendiri,nak publish kisah hidup kat orang ke?...Hello beb baca dulu tajuk kat atas n paham kan sebab apa aku tulis blog,dah tertulis kat situ kan ''Cerita n Diary sedikit tentang diri aku sendir" so ada masaalah ke?

Aku tak suroh pon ko bace,klo ko minat ko bace tak nak sudah kan,ni aku nye penulisan sendiri,dan aku minat tentang penulisan so terpulang kat aku nak tulis apa.Dan bertanya lagi...Kenapa ko tak tulis tentang politik ke,tentang dunia ke,tentang orang disekeliling ke?....Beb aku sendiri belum sempurna,belum cukup bagus,belum cukup baik untuk aku menulis tentang semua yang ko cakap kan tu.Kalau ko nak sangat baca kat blog orang lain atau tulis blog sendiri ok.

Hakikatnya ini lah segelintir manusia bukan boleh lihat orang lain senang malah bile orang susah pon die tak boleh nak ngok kalau boleh nak mendengki je yang ada.Kadang2 sampai sluar dalam orang pon die nak jaga ish tak faham aku.Sampai nak bergerak pon kalau boleh nak tanya jawab nye jadi PENYIBUK sampai ke sudah.Hentikan lah dan renungkan lah kalau kita dah cukup bagus baru boleh bawak orang ke jalan kamu tu kalau tidak sendir faham sudah.

Bagi aku pula lantak lah,coz mulot orang ni sejak dari lahir orang dah sibuk nak mengata contohnya comel ke,dah besar jadi apa la ye,kenapa macam ni,kenapa macam tu inilah salah satu nya orang berkata tentang kita sejak kecil lagi.So pendirian aku apa orang nak kata dia boleh kata sebab dia tak mengenali kita pon,nampak luaran dah sibuk nak kata orang masyaallah.

Rakan.kawan,sahabat n Kekasih

14 Januari 2011

Pada aku…

Rakan,kawan,sahabat,kekasih adalah satu perkataan tentang perhubungan satu manusia kepada manusia yang lain.Ia adalah hubungan atau pertemuan yang terkadang kita sendiri tidak menjangkakan akan berlaku didalam diri kita.Dan terpulang pada kita meletakkan ianya diantara sahabat,rakan,kawan kerana kita yang akan mencorakkan bagaimana ianya berlaku ianya tidak kekal lama.

Bagi aku rakan adalah adalah orang yang kita kenal melalui Facebook,Myspace dan lain2 seangkatanya,juga yang kita kenal disesuatu tempat pada satu2 masa dan hanya mengenali pada masa itu je.Dan ianya juga boleh menjadi satu rangkaian kenalan yang kita sedia ada.

Kawan pula adalah satu rangkaian kenalan kita yang kita kenal melalui pelbagai cara tak kira melalui laman social atau pun disesuatu tempat.Dan kawan adalah orang yang ada bile kita senang,mlepak minum,ketawa, dan bermain.Ianya juga satu rangkaian kenalan kita yang akan kita sentiasa ada sehingga bila2.

Sahabat adalah kenalan tak kira dari mana datang namun sahabat sentiasa ada dimasa bila kita memerlukan tak kira dalam apa setuasi senang atau susah.Boleh menasihati kita,boleh membantu kita,boleh bergelak ketawa n bergurau bersama dan dalam setuasi sedih juga sahabat sentiasa ada untuk membantu itu lah sahabat bagi aku.

Kekasih adalah satu hubungan seorang lelaki n wanita yang mempunya perasaan lebih dari seorang kawan,rakan atau pun sahabat.Ianya satu perasaan yang dinamakan cinta… Cinta yang mendalam satu pasangan yang mendambakan kasih sayang,kebahagian,kejujuran n keikhlasan serta boleh berkongsi duka dan lara atau senang pada bila2.Dan pertemuan ini yang selalu dikatakan jodoh atau ketentuan serta mengharapkan ianya kekal sehingga bila2 pun.

KENAPA...


KENAPA….???

Ada orang Tanya kenapa aku tulis blog ni…Apa jawapan aku nak bagi hehe…Takde lah sebenarnya aku suke menulis,so bagi aku apa yang terpendam dalam hati ke,apa yang berlaku kat aku dalam seharian aku suke luahkan melalui penulisan baru aku rase puas.Nak kata suke bermadah kea pa ke,tak de lah jugak,kalau aku suke bermadah or seangkatan dengan nye dah lama aku jadi kawan A.Samad Said hahaha…

Bagi aku ramai je kot yang suke menulis,tapi mungkin sebab tak de masa,malu or tak tahu nak mulakan macam mana so diorang buat tak tahu jelah.Dan juga bagi aku orang yang suke meluahkan apa yang dia rasa melalui penulisan adalah orang yang berjiwa lembut atau seni.Mereka ini sama dengan pelukis,kerana apa?kerana orang yang gemar melukis kebanyakkan lukisan nya adalah apa yang ingin diluahkan dalam hati nya serta bagaimana penyampaianya yang ingin dikongsi dalam hari-hari yang dilalui nya begitulah bagi penulis2 yang ada.Terkadang melalui penulisan atau melukis atau apa saja cara masing-masing ianya tak lari dari cara kita sendiri hendak meluakan apa yang kita rasa sebagai seorang manusia yang mempunyai hati,perasaan dan pemikiran..

So tepuk dada Tanya hati apa yang diinginkan dalam penyampaian hidup,bagaimana ingin menyampaikankan nya atau dipendamkan serta membuku dalam hati itu terpulang keatas diri masing-masing.Kerana penyampaian itu sangat luas,melalui lagu,penulisan,lukisan,bahasa tubuh dan lain-lain lagi.

SINOPSIS AKU V0.08


( KEHIDUPAN YANG LAIN )

Kehidupan yang lain….Ini adalah sinopsis terakhirnya untuk kehidupan aku yang lepas.Tentang hobi, ,cita2 dan kerjaya aku dan lain2 yang ada sangkut paut.Bercerita tentang kerjaya,aku sekarang adalah salah seorang anggota beruniform sejak tahun 2004 sehingga sekarang.Pada awalanya kerjaya ini bukan aku yang pilih kerana aku sendiri tak minat nak kerja bawah telunjuk orang tetapi walaupon ada orang kata orang beruniform ni segaklah bergaya lah n lain2 lagi.Tapi  kerana ayah yang bersungguh dan aku juga tidak mahu menghampakan hati beliau aku menurut.Namun setakat hari ini kerjaya inilah yang memberi rezeki aku untuk hidup di Kotaraya metropolitan ini.Dan kerjaya ini juga telah memberi aku satu inspirasi yang aku angan kan diwaktu kecil dahulu iaitu berniaga.Alhamdulillah pada penghujung 2010 berbekal modal pinjaman peribadi melalui kerjaya ini aku telah Berjaya membuka perniagaan kecil2 lan di bazar2 malam yang berhampiran dengan kediaman aku sendiri.Betul kata ayah belajar bekerja dahulu baru boleh bekerja untuk diri sendiri dan hari ini aku akuinya.Dan bermula tahun 2011 ini aku akan teruskan apa yang aku mulakan sehingga aku Berjaya seperti orang lain insyaallah kerana ini lah cita2 aku didalam azam tahun baru kali ini.Aku akan cuba sedaya upaya mencuba yang terbaik untuk diri sendir.Berhenti dari kerjaya yang ada sekarang???belum dapat aku pastikan,insyaallah kalau apa yang aku lakukan ini Berjaya lebih dari apa yang aku harapkan mungkin itu keputusan aku di masa depan.

Hobi….Dari aku kecik lagi aku sangat berminat dengan sukan permotoran.Kerana sukan ini memberikan satu cabaran yang sangat tinggi.Kalau sebelum ini aku hanya bermain go-kart namun pada 2009 aku mula mengenali satu sukan yang ekstrem,iaitu sukan Drift.Bermula dengan membeli sebuah kereta Toyota Corolla KE70 aku mula berlatih serta mengenali selok belok sukan ini,selain itu aku juga turut membeli Video2 dari Jepun tentang sukan ini untuk pembelajaran yang lebih.Tak lama selepas itu kereta sport pertama aku dalam hidup ini Toyota AE86,kereta yang menjadi kegilaan ramai sejak filem Initial D,Tokyo drift diterbitkan.Selang beberapa bulan selepas itu aku mendapatkan sebuah lagi kereta sport yang juga menjadi popular di Malaysia dek kerana sukan drift ini,Nissan Silvia S13…fuhh bangga tak hinggat bile bawak kereta ni.Sehingga sekarang aku terus berlatih untuk menjadi professional drifters seperti rakan2 yang lain.

Hmm…ini sajalah setakat ini untuk sinopsis yang ada.Mane tau selak2 Diary yang lama ni terjumpa lagi yang lain,makna katanya aku sambung jelah apa yang ada….chooowwww!!!!!

SINOPSIS AKU V0.07

12 Januari 2011

( BERPACARAN  )
Bersambung dari v0.06.
 

SINOPSIS AKU V0.06

( BERPACARAN )

Berpacaran…Aku pon tak tahu nak mula dari mana tapi yang aku tahu masa zaman skoll dulu tak pernah pulak nak berpacaran,klo nak kata tak de hati n prasaan kat sape2 tu bohong lah kan ada tu tetap ada tapi dek kerana prasaan malu yang sangat menebal so biarkan je prasaan tu berlalu.Orang kate cinta masa skoll ni cinta monyet ntah mane diorg tau monyet pon bercinta aku tak la plak pastikan dan selidik.Tak kurang gak yang minat kat aku walaupon aku ni tak lah berapa nak hancem kan tapi malu nye pasal,aku jadi malas nak melayan.Lagi satu masa skoll plak aku adalah salah seorang geng FTG (f**k the galz) bukan sebab apa,sebab dak2 masa skoll bajet macam bagus sangat.Tapi lepas je habis SPM aku ada plak awek,dari planet mane datangnye aku pon tak tau haha.Yelah mungkin sebab jeles kot ngok member berpacaran so aku pon nak gak rase macam mane kan.Lagi2 bile kene racun ngan member2 suwo teackle awek tu lah,awek nil ah ingat apa pasar borong ke apa haha.

Seawal menceburi bidang berpacaran aku telah terjatuh hati ngan sorang minah ni,tiap2 petang bile aku main bola sepak kat padang berhampiran rumah die mesti lalu punyalah,so satu hari aku Tanya lah kat sorg member ni awek mane tu?dengan ikhlas member pon jawab awek taman sebelah aku kenal adik dia…ye ke!!,jalan tu mudah lah aku nak berkenalan haha..Dengan segannya aku mintak tolong ngan member aku tadi n ngan ikhlas skali lagi member aku pon menyudi kan diri untuk membantu.Bile member dah membantu terjadilah pertemuan pertama di Pusat Bandar Kluang,berdebor-debor rase hati pertama kali bertemu mana tak nye,pernah plak aku dating2 ni kan.So bile berjumpa di tempat yang ditentukan kami pon berjumpa rupenye die malu2 aku pon same gak ngan aku.Tapi bile first time ngok mke die dekat2 hati n prasaan mule tak stabil mane kan tidak lawa,cun,comel tu lah yang kluo kat hati aku cume tak sampai kat mulot je hehe.Muke ala2 or kacuk2 arab sket ada member2 kate muke die mcm Sharifah Amani sket hahaha tak tau lah orang kate bukan aku kate yerk.Masa face to face tu huh nak ckp ape aku pon tak tau yelah first time jumpa hari tu baru aku taw mcm ni orang jatuh cinta yer…Setelah lama lepas tu aku tau bukan mudah jika kita nak mendambakan cinta,mane tak nye dekat 5 bulan aku mengayat nye tak gak dapat2,tak gak couple2 ni tapi kluar bersama tu ada lah kan tapi still tak deaclare gak.Then sabor punya sabor,ayat punya ayat akhirnya kami telah mendeclarekan diri kami sebagai pasangan kekasih fuhhh cinta pertama telah berputik tapi malang nye malam yang kami deaclare tu keesokkanya aku dah kene lapor diri kat PULAPOL Kuala Lumpur.Sedih rasa hati ni,rase tak nak pergi melapor pon ada tapi die banyak member aku semangat.Dengan langkah yang berat aku gagah kan jugak.

Farah Farhana bte Abdullah itu lah nama orang pertama yang bertahta dihati ini.01092004 itulah tarikh keramat cinta pertama aku,Farah lah yang menjadi pembakar semangat aku untuk terus berlatih di PULAPOL Kuala Lumpur,setiap minggu Farah akan menghantar surat serta gambar dirinya untuk menjadi tatapan aku.Setelah aku tamat latihan Farah telah berpindah ke Kuala Lumpur kata nya supaya boleh dekat dengan aku,boleh menjaga aku,masa tu aku rase sangat bahagia hampir setiap hari kami meluangkan masa bersama,berjalan bersama,bila aku sakit Farah lah orang pertama akan menjaga aku banyak kenangan manis kami ciptakan disini seolah-olah percintaan kami sehingga akhir hayat kami dan bila ada kesempatan kami akan balik ke Johor bersama melawat ayah dan bonda kami.Di Kuala Lumpur Farah berkerja sebagai kerani di MPOB dan dalam masa yang sama Farah telah di pelawa untuk menjadi model sambilan disatu syarikat pengantin.Setelah hampir 5 tahun kami bersama kami telah merancang untuk berkahwin dan pada masa yang sama Farah ada minta izin untuk pulang ke kg di Kluang,Johor,katanya untuk bergiat dalam bidang perniagaan,dsana Farah telah membuka 1 restoran dan lama kelaman aku terasa terlalu jauh dengan dirinya tapi aku cube memahami akan kerjaya nya menguruskan restoran yang baru dibuka.Namun kami tetap berhubung dan pada masa yang sama membincangkan hal2 perkahwinan yang kami telah rancangkan.Tetapi seperti ada sesuatu perasaan yang aku dapat rasakan bahawasanya ini sume takkan berlaku namun aku mengangap itu hanyal mainan prasaan.Walaupon Farah sendiri seolah-olah cuba menjauhkan diri dari aku,namun aku tetap menyangka bahawa Farah sibuk dengan apa yang dilakukan menguruskan restoran,part time modeling.Setelah lama selepas itu apa yang aku sangka baik rupanya ditidak kan oleh takdir yang tidak menyebelahi aku.Akhirnya satu kejadian yang tak aku sangka telah berlaku,perkabaran dari rakan2 menyatakan ada ternampak kelibat Farah bersama lelaki lain.Walau pada awalnya aku tidak percaya dan ditambah dengan pernyataan tidak dari Farah akhirnya aku selidik dan oleh kerana tuhan hendak menunjukkan kebenaran terlihatlah oleh sepasang mata aku kejadian yang tidak di ingini.Pada masa itu tuhan saja yang tahu betapa luruh nya hati n perasan aku,orang yang aku sayang,yang aku kasih malah yang aku ingin jadikanya isteri buat aku seperti ini namun kerana saying aku pendamkan walaupon racun2 dari rakan2 supaya aku gadai je nyawa lelaki tersebut buat ulam badan die tapi aku tak temakan dengan racun2 perosak tersebut.Lama aku pendamkan tampa bertanya dengan Farah siapa kah kelibat lelaki tersebut kerana masa tu aku menganggap  lelaki tersebut mungkin tidak lebih dari seorang rakanya.
Pada 050308 jam lebih kurang 2010hrs aku menerima panggilan dari Farah yang menyatakan bahawa die ingin berpisah dan akan berkahwin tak lama lagi puas aku memujuk dan merayu namun sedikit pun tak di endahkan olehnya dan pada masa yang sama skali lagi hati n prasaan aku seperti dirobek atau diracun dengan sangat kuat serta dengan tidak semena2 air mata seorang lelaki mengalir menitis tampa dipaksa.Hampir beberapa bulan aku mengalami kemurungan akibat kesedihan namun didepan rakan2 serta family aku gagah kan diri untuk tersenyum,ketawa kerana aku mempunyai sifat yang tidak suka orang lain merasa apa yang aku rasa tentang kesedihan atau kesusahan sedangkan hati sangat rosak diracuni oleh janji manis seorang wanita yang aku anggap sebagai pasangan sehingga akhir hayat.
Dan akhirnya aku tahu cinta itu bukan sekadar cerita tentang kebahagian,keindahan,kemanisan namun dalam nya terselit pahit,pancaroba,racun dan luka seribu duka.Aku sendiri cuba belajar untuk melupakanya walau hakikatnya bukan mudah kerana dia adalah cinta pertama,wanita pertama yang telah mencuri hati n perasaan ini.Aku juga belajar bagaimana sakit nya alam percintaan ini.Terima kasih kepada Farah Farhana atas pengalaman ,kesedihan,kekecewaan yang engkau telah berikan.

SINOPSIS AKU V0.05

11 Januari 2011

( Langkah ku dan Tujuan ku )

Setelah dapat keputusan SPM aku mula menyibukkan diri mengisi borang2 kerja,borang2 permohonan belajar ke IPTA,IPTS.Tak kurang jugak kerja disana sini habis sume kilang kat tempat aku,aku test dan hakikatnya baru aku tahu yang bahawasanya aku tak buleh kerja kilang langsung coz tak masuk betu dengan jiwa aku hahaha.
Pada pertengahan tahun 2003 aku telah dipanggil interview oleh RISDA dijohor bahru dan tak lama lepas tu aku telah diterima bekerja di RISDA dan aku telah ditempatkan di Pejabat RISDA Daerah Kota Tinggi Johor dengan jawatan sandaran,seronok bekerja disana banyak pengalaman yang aku dapat.Namun tak bertaha lama kerana dengan gaji yang kecik aku nak bayar duit rumah,Duit tu Duit ni dah tak cukup walaupon dah habis bajet then umi n ayah menyarakan aku berhenti maka awal tahun 2004 aku pon menghantar surat berhenti.Balik lah aku semula ke Kluang.di kluang aku telah berkerja di KFC Pusat Bandar Kluang walaupon letih tetapi kerja disini sangat seronok coz ramai kawan2 kan.Dalam masa yang sama aku telah memohon serta hadir ke interview terbuka tak kira apa pun aku redah je,tu sume atas cadangan ayah,aku patuh dan akur je bagi menjaga hati dan perasaan beliau.kerana aku sendiri tak berminat sebenarnya nak kerja dengan orang,aku lagi berminat nak berniaga sendiri,nak jadi boss untuk diri sndir tapi ayah cakap kerja dan blajar dulu dari pengalaman nanti baru buleh jadi bos untuk diri sendiri
 Pada pertengahan 2004 aku telah menerima beberapa surat tawaran dari badan beruniform,maka aku terpaksa membuat pilihan yang mana patut aku memilih.Dan akhirnya aku memilih sebagai anggota yang menjaga keamanan Negara tak kira siang atau pon malam.Tanggal 01.09.2004 aku melaporkan diri di PULAPOL Kuala Lumpur untuk menjalani latihan asas selama enam bulan.Didalam sana macam2 aku blajar dari badan aku kurus sampai lah membesar dengan bijak haha,dari aku tak pernah pegang senjata samapai lah menembak semua aku dapat.Pada tahun 2005 aku telah dihantar ke Daerah Subang Jaya dan disitu lah aku telah dihantar ke bahagian kuda putih haha orang kata lah kan.Pada tahun 2009 aku telah dinaikkan pangkat ke satu calit sehingga lah sekarang 2011.Namun hati ini tak sabar untuk aku melihat perniagaan yang aku bina ni Berjaya dan membesar bak juara supaya aku boleh jadi bos kepada diri aku sendiri.Sampai masa nya nanti aku akan tinggal kan dunia beruniform aku sekarang ni walaupun dunia ni lah yang telah banyak memberi aku kebaikkan namun ianya tetap bukan dalam hati ku.Aku akan meneruskan cita2 aku iaitu menjadi bos kepada diri aku sendiri didalam kehidupan ku dan mempunyai syarikat,perniagaan aku sendiri itulah apa yang aku impikan dari dahulu.insyaallah ,mudah-mudahan termakbul doa ku ini aminnnn…

SINOPSIS AKU V0.04

( KEPUTUSAN MASA DEPAN )
Sepanjang waktu menunggu keputusan SPM macam2 yang dibuat tapi banyaknya aktivit yang sama gak la kan,meremp-it,lepak2 ngan member tak kurang gak kadang2 tu cite2 sal masa depan kan.Selama beberapa bulan hidup senang lenang akhirnya tiba tuk hari keluarnya keputusan SPM.Macam2 perasaan ada,macam mana lah keputusanya kan so ramai2 g skoll tuk ambil keputusan…Bila tiba masa aku tuk mengambil hati berdegup kencang cikgu kelas yang menyerahkan keputusan kat aku member sambil senyum lebar sedangkan die tak Nampak ke aku ngah bergetar sluruh tubuh hisss….Dapat je keputusan aku terus lari jauh sket dari kengkawan then aku bukan slow2 bile aku mgok keputusan tu rasa sikit kecewa lah bila mata pelajaran yang sama gak Matematik tetap dok kat ctu makna kata tak lulus pon tapi nak buat macam mane tu je yang aku buleh buat so triema lah.sesampai je dirumah ayah ngan umi dah tunggu dah langsung aku bagi slip keputusan tersebut,then ayah kata ok lah ni dari tak lulus sume fuhhh lega aku tak yah dah nak pening2 nak jawab panjang labor haha…

Maka dengan ini tamatlah cerita aku dialam persekolahan dari kecik hingga SPM.Ni lah aku masa alam persekolahan tiada yang lebih,terima kasih kawan2 terima kasih umi n ayah dan juga cikgu yang mendidik aku…semoga allah merahmati korang sume…………….

SINOPSIS AKU V0.03

Bersambung dari  V0.02 masih mahu menceritakan kisah aku di alam menengah.
( MENENGAH )
soalan2 tersebut.Hampir tiga minggu memerah otak akhirnya tamat juga SPM haha....kami beramai-ramai menjerit meraikan akhirnya satu episod pembelajaran dan sekolah.
Tahun 2001 aku sekali lagi berpinmula menjawab dah ke skoll yang baru,kali ini skoll tersebut terletak berhampiran rumah aku.Sekolah Men Sri Intan Kluang,ini lah nama skoll terbaru aku,skoll yang baru siap dari pembinaanya dan kami adalah antara pelapor  yang mula2 ada di skoll trsebut.Pada tahun ini jugak aku telah dihadiah kan sebuah motosikal Yamaha RXZ yang menjadi idaman masa itu.Pakai punya pakai,setting punya setting jejak lah aku kealam dunia perlubaan haram,disini aku mengenal alam mat remp-it.Nak dijadikan cerita 1 hari ayah memerhatikan perlumbaan tersebut langsung RXZ berukar jadi skuter Comel.Selama 2 minggu aku tidak hadir ke skoll kerana kecewa moto kene jual haha.Satu kejadian yang aku tidak sangka umi telah memberi kunci kereta JBT6040 untuk kegunaan aku.Pada masa itu bangga nye rase siap g skool pon bawak kete.Walaupon begitu aku tetap tidak seronok kerana rakan2 yang lain masih men moto.Dengan cadangan yang bernas,umi n aku telah membuka perniagaan goreng pisang sampai kat skoll pon ada yang panggil aku ngan nama tu.Setiap hari aku kumpul separuh-separuh duit dan akhirmya aku berjaya mendapakan sebuah motosikal dengan usha aku sendiri.
Tahun 2002 adalah tahun yang mencabar kerana tahun ini adalah tahun dimana aku akan menghadapi peperiksaan SPM.Namun aktiviti pada hari2 biasa juga seperti biasa.Setiap malam aku,Zaidi n azrul akan mengulangkaji pelajaran untuk bekalan semasa SPM.Pejam celik,pejam celik!!! akhirnya kami semua tiba hari yang dinantikan SPM!!!!...Dengan bekalan yang ada kami ke skoll untuk menghadapi SPM,dengan semangat akumenjawab soalan2 tersebut.Hampir tiga minggu memerah otak akhirnya tamat juga SPM haha....kami beramai-ramai menjerit meraikan akhirnya satu episod pembelajaran dan sekolah.Dan akan bermula satu episod baru meninggalkan alam persekolah yang penuh gelak tawa rakan yang hanya tinggal kenangan tidak lama lagi. 
….

SINOPSIS AKU V0.02

( MENENGAH )
Pada alam pertengahan ini aku telah bersekolah di sebuah sekolah Arab yang terletak di Bandar Tenggara,Johor.Maka sekali lagi aku harus belajar berdikari dan menjaga diri sendir kerana skali lagi aku dihantar ke sekolah berasrama,namum kerana ayah n umi aku turutkan saja walau hakikatnya hati aku tak menerimanya.Saat ayah n umi pulang kerinduan yang meluap-luap tapi apa kan daya kene jugak lah teruskan.Apabila skoll bermula mesti ada orentasi ialah manakan tidak yang ada disini semuanya orang yang jauh dan dekat.Permulaan sangat baik,dapat mengenali rakan2 yang baru tak kira junior atau senior.Kene raging or bli ngan senior tu perkara biasa,sama je mana2 skoll tapi bila junior hendak membuli senior itu belum lagi berlaku.Itulah yang terjadi semasa batch kami,akibat perselisihan yang kecil kami junior telah membalas dendam dengan bergaduh n bertumbuk dengan senior,diorg ngat diorg senior senang2 je nak buli kami.
Akibat dari pergaduhan itu aku dan beberapa orang rakan telah dinasihati berhenti dari skoll tersebut.Nasihat dan kata2 tersebut telah dinyatakan depan ibu bapa kami masing2.Pada masa itu hati ni berdegup macam kereta porshe lajunye coz dah tau blek mesti kene punyalah.Ternyata sangkaan ku tak meleset,dengan muka yang bengis dan hayunan smash lee chong wei terus hinggap kat pipi fuhhh...glap sekejap dunia ni rase,apabila cerah aku rse kepedihan yang melampau tampa segan silu aku menangis hahaha....
Masuk tingkatan 2 aku telah didaftarkan di Sekolah Menengah Arab Kluang,disini seronok gak rase coz ramai kawan2 yang dah kenal so tak yah nak penin2 nak kenal-kenalan ke apa ke.34 mata pelajaran yang ada disekolah ini dan dek kerana pembelajaran kurang dari bermain maka keputusan peperiksaan ku langsung tak lulus fuhhh kejam2!!!....Tahun 2000 sambutan tahun baru adalah yang meriah kerana ayah telah berjaya mendapatkan rumah kediaman miliknya sendiri setelah lama mengidam hahaha.Pada tahun ini jugak aku telah didaftarkan ke sekolah menengah biasa,skali lagi kejanggalan terasa,mana kan tidak!! berbeza sungguh budayanya dengan skoll Arab.Pada tahun 2000 ini jugak lah aku akan menghadapi PMR.Lalu pembelajaran serta ulangkaji yang dilakukan ada hasilnya,walaupon bukan yang terbaik dari diri ini,aku terus mencuba n cube.Setelah tamatnya PMR aku telah berjalan,bercuti dengan rakan2 yang lain.
 

SINOPSIS AKU V0.01

10 Januari 2011

"Sinopsis Aku" mmm...Bile aku tefikir nak tulis blog ni lah yang terlintas kat fikirian aku "sinopsis" tentang aku mase kecik2,alam remaja dan dewasa satu persatu aku nak ingat balik coz ni sume sejarah hidup aku kat dunia ni sehingga sekarang.Aku bukan lah seorang yang pandai sangat nak hargai masa tapi hakikatnya aku suka bile dok sensorg tu terigat gak masa2 lampau ada yang seronok tak kurang gak yang kureng tapi tu sume yang buat aku menghargai hidup aku yang ada sekarang namun ini sumelah yang mengajar aku erti kehidupan hakiki didunia ini.Bak orang kata makin banyak pengalaman bagi baik lah hidup kite coz dari pengalaman lah kite blajar erti kehidupan kita....so bile da ada blog ni aku palitkan lah kat cni dari sebuah buku nota kecil yang aku tulis terus je aku salin kat dalam ni...ne la tau 1 hari nanti bile aku dah tak de kat dunia ni bende2 ni lah yang jadi kenangan tuk family,anak,cucu or isteri  aku tu pon kalau diorg bace haha.....

Apa yang dicoretkan didalam ni adalah apa yang dicoretkan dalam Diary harian aku namun tidak semua yang ada didalam diary ditulis coz bukan semua boleh kite cerita kat orang ye tak.So apa yang ada ni je yang aku boleh cerita dan mungkin dikongsi tentang pengalaman hidup yang lalu dan yang akan datang insyaallah....dah la byk sangat merepek ni tulis lah pe lagi.....

Sedikit Biodata tentang aku.
Nama yang diberi oleh ayah n umi adalah MOHD NOOR AKMAL
Tarikh kelahiran aku didunia ialah tanggal 260485
Aku anak sulung dari 4 adik beradik
 dah lah tu je kot lain-lain ada kat dalam cerita bersiri yang di blog kan hehehe....

( KECILKU )

Pada tanggal 26/04/1985 pada hari Jumaat lahirlah aku kat dunia dari perot umi aku dihospital Queen Elizebeth Labuan Sabah jam lebih kurang 1545hrs...tu je aku tau yang lain2 aku tak tau coz mak aku tak cite pon ape yang brlaku masa lahir...

Apabila lahir je mak aku dah stanby awal2 nama aku maka tercatitlah kat dalam surat kelahiran aku MOHD NOOR AKMAL itu nama yang menjadi pilihan umi n ayah aku...dalam keadaan membesar aku sendiri tak ingat la tapi umi ada cerita lah sikit2,aku ni dulu masa kecik2 sangat disayangi oleh ayah,almaklumlah anak sulung kan.Apa je ayah tak belikan untuk aku macam2 barang bayi,permainan n dll.Pernah umi cakap masa ayah ngah bersembang kat luo umah tibe2 dengo aku menangis trus je die masuk amik aku pasti membebel kat umi nape tak jaga aku huhhh terharu aku dengonye ase nak menitik air mata tapi tahan kene konrol macho mase depan umi n member haha.Mase kecik comel gak aku putih,montel hehe tu apa yang aku ngok kat pic yang ada la nak upload pic tu mcm malas je so tak yah la nak buat ape pun kan bio pic tu dok kat dalam album.....

TADIKA )

Setahun sebelum aku ke alam tadika alu telah dikurniakan seorang adik yang diberi nama MUHAMMAD KAMARUL ARIFFIN dan setahun selepas itu barulah aku Masuk alam tadika.Pembelajaran waktu kecik haha…Tadika aku di sebuah sekolah yang berbentuk islamic coz ayah suke anak die ada budaya islamic maka bersekolah lah tadika disatu tempat yang berkonsepkan islamic.Cerita pasal tadika ada 1 cerita lucu yang paling aku ingat sampai bile2 pon...haha 1 hari sekempulan nurse datang kat tadika untuk injection apa aku pon tak tau,time tu aku adalah orang paling cuak coz tak suke nak kene injection apa lagi bermula episod kejar mengejar antara aku ngan cikgu yang cube menenangkan aku,tak cukup ngan tu sekempulan nurse tadi plak join ngan cikgu2 aku habis satu sekolah aku lari last2 diorg call umi n ayah suwo datang tenangkan aku mase tu mane nak fkir malu yelah masa kecik kan last2 bile umi pujuk2 nurse2 tadi berjaya gak menyuntik punggung aku ni,punyalah aku menjerit rase nak terkeluar je anak tekak ni nasib bek kukuh haha....Tapi masa ni umu n ayah cakap aku cukup suke pergi skool haha kecik2 rajin la kot….Masa ni gak aku telah dikurniakan adik ketiga plak tu yang diberi nama NUUR ASHILAH…

RENDAHNYA )

Sekolah rendah hmm!!...Tak de yang menarik sangat sebab pada awalannya bermula dari darjah 1 hingga ke darjah 4 aku telah dihantar ke sekolah pondok.dan disitu aku belajar berdikari,menguruskan hidup sendirian tampa ada yang membantu kecuali rakan2.Masuk ke darjah 5 aku telah berhenti di sekolah pondok dan kemudian telah dihantar ke sekolah rendah biasa,walaupon suasana agak janggal bagi aku namun aku dapat sesuaikan dengan keadaan sekeliling.Pada masa ini jugak aku telah dikurniakan seorang lagi adik yang diberi nama NUUR ATIKAH.Namun kehidupan semasa ini bukan seperti rakan2 yang lain,kerana dirumah aku tidak mempunyai TV,Set Sofa atau lain2 kelengkapan kerana ayah mugkin tidak mampu tapi kami beradik faham akan keadaan itu yang penting cukup makan,boleh ke sekolah sudah bersyukur.Namun ayah seorang yang sangat berusha sehingga membuka perniagaan miliknya sendiri semasa itu lah kami adik beradik dapat rasa apa yang rakan2 lain ada.Terima kasih ayah.

Setahun selepas itu aku menghadapi UPSR,penilaian tahap pembelajaran disekolah rendah.Setiap malam aku membuat ulangkaji dan dengan doa ayah n umi yang tak pernah putus pada akhiranya aku mendapat keputusan yang agak cemerlang walaupon bukan seperti diharapkan,aku tetap bersyukur alhamdulillah.

Salam pembukaan 2011



Salam pembukaan tahun baru 2011,alhamdulillah tuhan masih panjangkan umur aku sebagai hambanya didunia ini untuk mengenali dunia yang fanak ini syukur aku panjat kan kepadanya.Selamat tahun baru aku ingin ucapkan kepada family,sahabat,rakan2 dan yang mengenali aku siapa...

Sebelum aku melangkah jauh di tahun 2011 Bagi diri ku 2010 adalah tahun yang bukan mudah untuk aku lupakan begitu sahaja kerana ada kenangan indah malah lebihnya kenangan pahit,pedih hmm...mungkin 2010 tidak menyebelahi aku langsung terlalu banyak yang pedih,pahit dari manisnya.

Kenagan pahit paling aku rasai dan aku mungkin sukar melupakan ialah bile orang yang paling aku sayang telah meninggalkan aku begitu sahaja,aku sangat kecewa apabila die sanggup memulangkan cincin pertunangan yang diikat hampir setahun lepas dipulangkan begitu sahaja tiada alasan tapi itu lah hakikatnya sedangkan tahun 2011 ni lah aku dan si berjanji akan mengikat tali perkahwinan tapi kan daya...Walalupun pedih untuk aku,aku tahu aku terpaksa pasrah dengan apa yang telah berlaku mungkin itu sume adalah ujianya dari yang maha esa so aku sebagai hambanya kene redha atas apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya...dah la aku letih tulis pasal kecewa2 ni buat aku sakit otak je..

Hmm...setiap tahun baru mesti ada azam baru padahal azam tahun lepas pon ada yang tak tercapai hahaha,ntah apa2 lah tapi dah jadi lumrah bukan kat aku je sume org kot macam aku dah tu nak buat apa tanam je azam tu ngok subor ke tak haha...

AZAM 2011...
  1. Nak majukan bisness aku sendiri coz taon lepas tak brapa nak maju la plak....
  2. Nak berubah dari segala hal sepertiya dah tak mao ber so si al lagi,no clubing2,no scandal2...
  3. kalau buleh atau seboleh-bolehnye nak cukup sembahyang 5 waktu sehari nak tambah pahala al maklum lah dosa banyak dah
  4. Nak bawak family aku g bercuti tempat yang bes2.
  5. Nak jadi drifters pro fuhhh ni dah lama aku idamkan.
  6. Nak ada superbike sendiri.
  7. Nak jadi budak baik,anak yang soleh huhu...
  8. Nak yang ni aku tak berapa pasti...KAHWIN...bukan apa ta de org nak kat aku plak huhu...sabo je la odoh ada tu kene cari je...(gatai member2 ramai dah kahwin,lagi2 ngok sahabat aku hafiz sronok je men ngan anak die aduiiihhh)
Dah la banyak sangat yang aku nak ntah dapat ke tak....Berdoa je lah pada tuhan moga dimakbulkan aminnnnnnnn.....ni blog ni pomn tak tau bile je aku buleh update haha....

Dah ngah nulis2 ni,idea2 dah nak abis member ajak g jalan2 plak huh cukup malas aku kalau nak jalan malam-malam tahun baru ni tapi nak buat macam mane kan member kang tak layan kecik ati janji bukan aku drive hahaha sebab aku nak text msg g hahaha.....SELAMAT DATANG TAHUN 2011 SEMOGA ADA KEBAHAGIAN UNTUK AKU TAHUN NI YERK AMINNNN......
Banner generated at Pimp-My-Profile.com