SELAMAT DATANG

Kedalam separa picisan hidup melalui penulisan dalam merentangi garis alam.Ini adalah aku yang sendiri yang ikhlas dalam coretan tentang semua.

Cari Apa Saja

3 Idiot

12 Januari 2013


Bangun pagi-pagi sambil makan sarapan aku termenung,apa yang akan aku lakukan pada hari ini,nak berjalan memang tak lah kan,dengan keadaan kotaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan kesesakkan tu.So ke keputusanya aku duduk kat rumah sambil melayan perasaan,siapkan design-design yang tergendala sambil menantikan malam untuk aku berada di SpeedCity Kuala Lumpur.Jam 2 petang aku cuba semak-semak saluran televisyen apa yang menarik,TV3 jenjeng macam biasa hari sabtu,hindustan,lama tak tengok cerita hindustan ni,so aku menabahkan hati untuk layan cerita hindustan pada hari ni...--->


:: Full Movie ::
https://www.youtube.com/watch?v=b54581_jG5E


Ternyata tidak sia-sia,dari aku berbaring terus aku duduk sambil buat kopi lagi,cerita yang sangat menarik dan boooooommmmmmm!!!! 10 bintang pada cerita kali ni.Cerita yang sangat berbeza,perjalana cerita yang penuh dengan kisah menarik,dramatik.Cerita yang langsung keluar dari kebiasaan cerita0-cerita hindustan yang lain.Pertama kalinya terdetik yang bahawasanya aku akan tengok cerita ni kali kedua dan mungkin ketiga.

Menampilkan jalan cerita yang menarik,penuh dengan pengajaran,dan penceritaan sahabat bersama sahabat nye yang lain.kisah tentang kesetiaan sahabat yang kita semua sekarang ni amat susah nak cari dimuaka bumi ini,jadi kisah dalam cerita ini boleh dijadikan pengajaran buat semua.

#Susah nak cari sahabat sejati dimasa sekarang ni#

Himpunan Kebangkitan Rakyat.


Bangun dari lena di pagi yang hening aku dikejutkan dengan satu pesanan ringkas dari telefon bimbit,ntah tak aku tahu dari mana datangnya.Pesanan ringkas tersebut menyatakan bahawa himpunan kebangkitan rakyat akan berlaku secara besar-besaran di Kuala Lumpur,marilah kita beramai-ramai menyertai himpunan kita demi kepentingan dan hak kita sebagai rakyat Malaysia katanya. Dalam keadaan mamai aku membaca aku jadi bingung,terdetik persoaalan,siapa pulak yang hantar? bila masa pulak aku melibatkan diri dalam benda-benda yang macam ni,arghhh mengarut semua ni bagi aku.

Tak lama selepas solat subuh aku mula memikirkan perkara tersebut kembali.Apa motif benda ni semua? apa kah yang mereka-mereka semua akan perjuangkan?....Ada sesiapa boleh bagitahu tak.Aku sendir masih tak mendapat jawapan,aku sedar bahawa perhimpunan tersebut akan berlaku pada hari ini,tapi bagi aku apa motif disebalik semua ini.Adakah mereka ni semua masih belum berpuas hati apa yang ada di malaysia,adakah mereka ni tidak reti bersyukur dengan apa yang mereka ada sampai berhimpun kononya memperjuangkan hak mereka.Bagi aku mereka ni semua adalah manusia yang masih berada dalam kotak ruang yang dibina oleh mereka sendiri tampa pernah rasa selesa dengan apa yang dicipta oleh orang lain.bak kata pepatah "seperti katak dalam kaca",mereka-mereka ni nampak apa yang berlaku namun tidak tahu apa sebabnya,apa tujuan nya kerana mereka tidak mampu atau tidak akan terima apa yang bakal berlaku.

Selain Korang semua ni menyusahkan orang lain,korang juga membuatkan kita tampak mundur dikalangan pihak luar...aku tertanya apa yang kamu orang semua perjuangkan,apa lagi yang kami semua perjuangkan,apa lagi yang kamu semua rasa tidak cukup? Pada dasar mentality kamu orang telah ditindas,ditanam dengan kejahilan,disemai dengan kebencian.Kamu orang adalah perosak.

Hari ini aku merasakan mereka ni semua sampah yang tidak di angkut,disebabkan itu mereka semakin berloggokkan dan memperjuangkan idea-idea sampah mereka.Bertopengkan agama islam mereka menjerit,melaungkan apa yang mereka rasa betul sedangkan mereka ni sebenarnya hanyalah boneka yang dimainkan oleh orang-orang yang kadang mereka sebenarnya tidak kenal langsung siapa.Pemain boneka tersebut bertepuk tangan diatas apabila melihat boneka-boneka ini semua lantang menjerit memperjuangkan apa yang mereka ujudkan.Diperbodohkan,diperjudikan,dipergunakan itu lah benda yang layak diletakkan pada semua boneka tersebut.

Maaf aku bukan marah,tapi aku merasa kesian melihat rakyat atau bangsa aku sendiri kebanyakkan nya yang berdiri menjadi boneka pada pengkhianat negara.Apa yang ingin aku ucapkan "Sedarlah wahai manusia boneka itu semua,bahawasanya korang hanyalah dipergunakan demi kepentingan orang yang terkadang kamu sendiri tidak kenal" Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ni.

#Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak politik,cuma aku benci dengan demostrasi dari pihak sampah seperti korang diluar sana#

Pada saat itu

11 Januari 2013

Pada saat kita dilahirkan
Pada saat kita melihat dunia
Pada saat kita merasa nikmat dunia
Pada saat kita dewasa
Pada saat kita mewarisi segalanya impian dunia
Pada saat kita berdiri megah
Pada saat kita tertawa,sedih
Pada saat kita semakin dimamah usia

Apa yang kita telah lakukan pada saat ini untuk diri kita,keluarga dan akhirat

Aku suka lagu ni.


Aku suka benar dengan lagu beliau ni,menarik dan sangat enjoy bila dengar lagu beliau.Rasa macam baru jatuh cinta plak kan..haishhh hehe...lagu terbaik di awal tahun...jom hayati lirik dia.

Tajuk : Sayang by Shae


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

[Ulang dari awal]
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu


#Bila Aku Mempunyai Cinta Nanti Nak Aku Nyanyikan Lagu Ni Tuk Sidia#


Blog Aku.

Dah masuk berapa ramai yang dok tanya kat aku,asal blog aku jiwang,penulisan macam syiok sendiri,pastu susuah nak cari kat google atau mana-mana pautan...aku pun macam pening-pening lalat jap nak jawab sebab setahu aku blog aku xdelah aku istiharkan kat dunia luar atau "social network" bahawa aku mempunyai blog yg jiwang dan menusuk kalbu ni.Hanya Rakan atau kawan yang aku percaya je aku bagi alamat ni kat diorang yang lain tu takde lah plak.

Kat tepi sisi blog ni pun ada aku tulis bahawasanya ini adalah cebisan kehidupan aku walau tak semua tapi sedikit,so tak perlu lah kot aku nak bagitau satu dunia yang aku ada blog,sebab nya aku lebih menganggap blog ni adalah diari kisah hidup aku yang secebis dalam dunia ciptaan ilahi.

Berkenaan dengan penulisan pula,sepengetahuan aku lah,penulisan ni ikut pada kita,jika jiwa lebih pada perwatakkan kelakar atau humor so penulisan kita akan kearah situ begitu juga sebaliknya kan,bagi aku,jiwa aku plak lebih pada seni yang dalam tentang perasaan kemanusiaan so penulisan aku lebih kearah itu lah gamaknya.Takkan kalau seorang photographer korang pakse dia pergi kebidang mekanik memang tak lah jawabnye kan so macam tu jugak lah penulisan so korang faham kan.

Tapi Apa-apa pun sebelum tu aku nak ucap bebanyak TERIMA KASIH la kat sesiapa yang tak kenal aku tapi tersinggah kat blog aku yang ntah apa-apa ni.Walaupun penulisan aku tak cantik n kemas mana tapi sekurang-kurang nye korang dah singgah kan hehe.Pada yang kenal tu pon aku ucap bebanyak terima kasih gak kerna korang masih singgah kat Blog aku ni walaupun aku tak nampak bile nye korang singgah kan hehe.


#Chill la Korang kita sebenarnya dalam dunia yang sama cuma cara kita berbeza okay#



Rezki Awal Tahun.

Alhamdulillah semakin menjengah pertengahan bulan pertama di awal tahun 2013 ni rezki telah menunjukkan bayang-bayang kemurahan,seakan-akan rezki mencurah-curah keladang akumaru san.Pelanggan yang meminta pesanan berkenaan dengan printing semakin bercambah..Semakin menambah semangat untuk berkerja keras lagi pada tahun ini,aku harap rezki kurniaan dari tuhan akan lebih lagi buat aku insyaallah....amin

Kalau dah banyak kerja macam ni,gayanye darah batman semakin mengalir-ngalir lah dalam badan aku,"oevernite" setiap malam menyiapkan "design-design" yang diminta oleh pelanggan..."Panda eye" pon membesar nasib bek aku pakai SKII hahah nah kau xnak kalah kan,sado je lah hahaha.

Tapi kadang-kadang tu sifat marah xbley nak hilang kan bile pelanggan minta "design" yang pelik-pelik pastu "reject" hangin habaq hang rasa nak kunyah-kunyah je diorang ni,tapi bapak aku pesan "customer always rite" so maka nya terima n telan je lah apa yang diorang buat n nak...ape pon tak buley kan.

Andainya Wanita Tahu

03 Januari 2013


kekasih hati
  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap, “Em.. Tengoklah dulu”. Itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap ‘direct to the point’ dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah ALL BOYS!
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari ‘library’ atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini..
  • Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita. Dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan! :)
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari.. Maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! :)
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi ‘hint’! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti..
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan airmata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi.
  • Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
  • Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! :)

By : http://pakarcinta.com/blog

23 Tips Cinta Hebat Lelaki..



Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Antara Tanda-Tanda Lelaki Cinta HEBAT ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA.. :)

by : http://pakarcinta.com/blog/


Tahun Baru Yang Paling Sempurna


Salam 2013 kepada semua umat manusia di muka bumi,selamat tahun baru!!! bagitulah bunyinya lebih kurang,samalah kan ucapan yang diberikan kepada kita dari kawan-kawan,rakan dan juga sahabat yang ada.Lepas tu Soalan nya apa azam tahun ni bos/bro/beb hahaha azam tahun lepas pun belum tentu sempurna sudah lagi azam baru kan,tapi macam biasalah azam tetap ada tunai tak tunai je kita ni kan.Apa-apapun "say gud luck" pada semua kawan ye dengan azam korang.

Bagi aku kali ni sambutan tahun baru yang paling sempurna pernah aku rasakan dalam sejarah kehidupan aku,mana taknya kalau sebelum-sebelum ni aku sambut kat tempat-tempat yang penuh dengan muzik,orang menari,orang mabuk "clubing" la senang ceritanya ye,tapi kali ni,tahun ni tidak sama sekali.Aku ucap banyak-banyak terima kasih pada sahabat-sahabat aku yang ada ni,yang sudi bawa aku "join" sekali.Apa-apa Pun malam paling "cool",malam paling rilek dan malam pertama aku sambut dengan status "single" hehehee...

Kali ni aku ngan sahabat-sahabat aku yang lain,kami telah berkonvoi ke satu pantai yang menjadi tumpuan para peminat pantai serta rem-it-rem-it sekalian,"bapak" punya jem jalan sampai serabut mata nak tengok banyak sangat kenderaan kat atas jalan raya,bahu jalan dan duduk dalam longkang pun ada hahaaa...tu sebab xcident la kan he...


masa dalam perjalanan dengan kelajuan yang kadang-kadang membimbangkan diri sempat lagi bergambar dengan sahabat aku sorang ni,die ni kaki tekan "pedal" minyak kereta tu memang tak pernah "slow" sebab die ni barangkali lahir kat trek agaknya,aku plak yang gerun bila tengok die ni bawak kereta hahaha...tapi jiwa "racer" kan so dengan selamba senyum je la aku ni pon heheheee....


Sampai-sampai kat tempat yang dituju lebih kurang 1 jam perjalan dari tempat kami bergerak awalnya lebih kurang jam 1900hrs,masing-masing dok sibuk bergambar takot gelap nanti kurang jelas pemandangan katanya,so aku pon tak lepaskan peluang,kenangan katanya apa-apa pon boleh lah kan.


Hah ni lagi aku,diwaktu malam,orang dok sibuk nak bakar arang tuk ''BBQ" aku plak sempat lagi tangkap gambar,saje nak bagi bakar line ceritanya hahahaaa...



hahahaaa...apahal la korang tangkap gambar aku ngah lapor bagai ni,dah macam singa aku rasa,apa-apa pon ok lah kan...aku la sebenarnya tukang masak "BBQ" paling sedap malam tu. 



Sambil masak-masak,sahabat yang lain berusaha menghidupkan ungun api,walhal kayu api tak cukup hahaa...api tu besar macam tu sebab hasil simbahan minyak tanah je,lepas 5minit,api tu so so ciput beb hehe...langsung gelap kembali tempat kami haha...



Hahahahaaa...aku sendiri tergelak tengok gambar ni,Ameer badan hang memang ketak hehe paling sexy pada malam tu,sebab tak tahan sangat dengar bunyi ombak "BBQ" belum siap die pon terjun dalam pantai hahahaaa...terbaik bro.



Macam yang dikata,aku sudah bilang,aku lah tukang masak paling best malam tersebut,siap bersila lagi,nak kata ayam rentung skali ngan aku rentung kot dok tahan je tu....Epul mari tolong pul hang jangan dok tengok je 



Saqif,bahagian penghias tempat kami makan,tanks saqif,bapak "sweet" siap ada lilin bagai dah macam "candle light dinner" beb,walhal semua para pria hahahaaa...



Dalam jam 2200hrs lebih kurang sikit macam tu baru lah si haff selamat tiba dengan pasangan beliau,pakai tudung tu plak isteri Ameer sexy boy malam tu,terima kasih gak kat pasang suami isteri ni sebab sediakan macam-macam untuk kami semua.Waktu ni lah majlis makan-makan bermula....Walhal dah masing-masing dah curi-curi makan ntah yang keberapa kali ntah hahaha....



Dah lepas makan-makan tu diorang ni dok lapar lagi,so korang pandai-pandai masak sendiri la ye,"chef" dah ponat weh,terbakar macam ayam panggang pon ada beb,sabar jelah ye...hehehe

Sambil-sambil melepak lepas detik 0000hrs,lepas masing-masing "wish" tahun baru,lepas korang semua bergayut kat phone dengan awek masing-masing,untunglah kan,aku je status single dikalangan korang...kami pon bergambar,Aku,syam,epul,saqif....gambar-gambar yang lain nanti lah "upload" penat dah ni hehehe....

So ini lah sebahagian warna-warna sambutan malam tahun baru aku bersama sahabat-sahabat yang lain,kan aku dah cakap ianya paling sempurna kan,rilek,chill...takde nak tunggang tebalik macam sebelum-sebelum ni kan hehehee....So aku nak ucap sekali lagi banyak-banyak terima kasih kat diaorang yang bawa aku bersama pada hari dan waktu tersebut...nice guy.

Selamat tahun 2013


Jika Dia Jodohku





Ya ALLAH... 
kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah…. Tapi kalau
bukan jodohku, maka
jodohkanlah… Jika dia tidak
berjodoh denganku, maka
jadikanlah kami jodoh…
Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat
jodoh yang lain selain aku… Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku,
jangan sampai dia dapat
jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama
seperti diriku, Dan saat dia
telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali… Kalau dia jodoh
orang lain, putuskanlah,
Jodohkanlah denganku..
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar
orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan
kemudian Jodohkanlah
kembali dia denganku… aamiin3x...