SELAMAT DATANG

Kedalam separa picisan hidup melalui penulisan dalam merentangi garis alam.Ini adalah aku yang sendiri yang ikhlas dalam coretan tentang semua.

Cari Apa Saja

3 Idiot

12 Januari 2013


Bangun pagi-pagi sambil makan sarapan aku termenung,apa yang akan aku lakukan pada hari ini,nak berjalan memang tak lah kan,dengan keadaan kotaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan kesesakkan tu.So ke keputusanya aku duduk kat rumah sambil melayan perasaan,siapkan design-design yang tergendala sambil menantikan malam untuk aku berada di SpeedCity Kuala Lumpur.Jam 2 petang aku cuba semak-semak saluran televisyen apa yang menarik,TV3 jenjeng macam biasa hari sabtu,hindustan,lama tak tengok cerita hindustan ni,so aku menabahkan hati untuk layan cerita hindustan pada hari ni...--->


:: Full Movie ::
https://www.youtube.com/watch?v=b54581_jG5E


Ternyata tidak sia-sia,dari aku berbaring terus aku duduk sambil buat kopi lagi,cerita yang sangat menarik dan boooooommmmmmm!!!! 10 bintang pada cerita kali ni.Cerita yang sangat berbeza,perjalana cerita yang penuh dengan kisah menarik,dramatik.Cerita yang langsung keluar dari kebiasaan cerita0-cerita hindustan yang lain.Pertama kalinya terdetik yang bahawasanya aku akan tengok cerita ni kali kedua dan mungkin ketiga.

Menampilkan jalan cerita yang menarik,penuh dengan pengajaran,dan penceritaan sahabat bersama sahabat nye yang lain.kisah tentang kesetiaan sahabat yang kita semua sekarang ni amat susah nak cari dimuaka bumi ini,jadi kisah dalam cerita ini boleh dijadikan pengajaran buat semua.

#Susah nak cari sahabat sejati dimasa sekarang ni#

0 comments:

Catat Ulasan