SELAMAT DATANG

Kedalam separa picisan hidup melalui penulisan dalam merentangi garis alam.Ini adalah aku yang sendiri yang ikhlas dalam coretan tentang semua.




Cari Apa Saja

Himpunan Kebangkitan Rakyat.

12 Januari 2013


Bangun dari lena di pagi yang hening aku dikejutkan dengan satu pesanan ringkas dari telefon bimbit,ntah tak aku tahu dari mana datangnya.Pesanan ringkas tersebut menyatakan bahawa himpunan kebangkitan rakyat akan berlaku secara besar-besaran di Kuala Lumpur,marilah kita beramai-ramai menyertai himpunan kita demi kepentingan dan hak kita sebagai rakyat Malaysia katanya. Dalam keadaan mamai aku membaca aku jadi bingung,terdetik persoaalan,siapa pulak yang hantar? bila masa pulak aku melibatkan diri dalam benda-benda yang macam ni,arghhh mengarut semua ni bagi aku.

Tak lama selepas solat subuh aku mula memikirkan perkara tersebut kembali.Apa motif benda ni semua? apa kah yang mereka-mereka semua akan perjuangkan?....Ada sesiapa boleh bagitahu tak.Aku sendir masih tak mendapat jawapan,aku sedar bahawa perhimpunan tersebut akan berlaku pada hari ini,tapi bagi aku apa motif disebalik semua ini.Adakah mereka ni semua masih belum berpuas hati apa yang ada di malaysia,adakah mereka ni tidak reti bersyukur dengan apa yang mereka ada sampai berhimpun kononya memperjuangkan hak mereka.Bagi aku mereka ni semua adalah manusia yang masih berada dalam kotak ruang yang dibina oleh mereka sendiri tampa pernah rasa selesa dengan apa yang dicipta oleh orang lain.bak kata pepatah "seperti katak dalam kaca",mereka-mereka ni nampak apa yang berlaku namun tidak tahu apa sebabnya,apa tujuan nya kerana mereka tidak mampu atau tidak akan terima apa yang bakal berlaku.

Selain Korang semua ni menyusahkan orang lain,korang juga membuatkan kita tampak mundur dikalangan pihak luar...aku tertanya apa yang kamu orang semua perjuangkan,apa lagi yang kami semua perjuangkan,apa lagi yang kamu semua rasa tidak cukup? Pada dasar mentality kamu orang telah ditindas,ditanam dengan kejahilan,disemai dengan kebencian.Kamu orang adalah perosak.

Hari ini aku merasakan mereka ni semua sampah yang tidak di angkut,disebabkan itu mereka semakin berloggokkan dan memperjuangkan idea-idea sampah mereka.Bertopengkan agama islam mereka menjerit,melaungkan apa yang mereka rasa betul sedangkan mereka ni sebenarnya hanyalah boneka yang dimainkan oleh orang-orang yang kadang mereka sebenarnya tidak kenal langsung siapa.Pemain boneka tersebut bertepuk tangan diatas apabila melihat boneka-boneka ini semua lantang menjerit memperjuangkan apa yang mereka ujudkan.Diperbodohkan,diperjudikan,dipergunakan itu lah benda yang layak diletakkan pada semua boneka tersebut.

Maaf aku bukan marah,tapi aku merasa kesian melihat rakyat atau bangsa aku sendiri kebanyakkan nya yang berdiri menjadi boneka pada pengkhianat negara.Apa yang ingin aku ucapkan "Sedarlah wahai manusia boneka itu semua,bahawasanya korang hanyalah dipergunakan demi kepentingan orang yang terkadang kamu sendiri tidak kenal" Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ni.

#Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak politik,cuma aku benci dengan demostrasi dari pihak sampah seperti korang diluar sana#

0 comments:

Catat Ulasan

Banner generated at Pimp-My-Profile.com