SELAMAT DATANG

Kedalam separa picisan hidup melalui penulisan dalam merentangi garis alam.Ini adalah aku yang sendiri yang ikhlas dalam coretan tentang semua.




Cari Apa Saja

SINOPSIS AKU V0.01

10 Januari 2011

"Sinopsis Aku" mmm...Bile aku tefikir nak tulis blog ni lah yang terlintas kat fikirian aku "sinopsis" tentang aku mase kecik2,alam remaja dan dewasa satu persatu aku nak ingat balik coz ni sume sejarah hidup aku kat dunia ni sehingga sekarang.Aku bukan lah seorang yang pandai sangat nak hargai masa tapi hakikatnya aku suka bile dok sensorg tu terigat gak masa2 lampau ada yang seronok tak kurang gak yang kureng tapi tu sume yang buat aku menghargai hidup aku yang ada sekarang namun ini sumelah yang mengajar aku erti kehidupan hakiki didunia ini.Bak orang kata makin banyak pengalaman bagi baik lah hidup kite coz dari pengalaman lah kite blajar erti kehidupan kita....so bile da ada blog ni aku palitkan lah kat cni dari sebuah buku nota kecil yang aku tulis terus je aku salin kat dalam ni...ne la tau 1 hari nanti bile aku dah tak de kat dunia ni bende2 ni lah yang jadi kenangan tuk family,anak,cucu or isteri  aku tu pon kalau diorg bace haha.....

Apa yang dicoretkan didalam ni adalah apa yang dicoretkan dalam Diary harian aku namun tidak semua yang ada didalam diary ditulis coz bukan semua boleh kite cerita kat orang ye tak.So apa yang ada ni je yang aku boleh cerita dan mungkin dikongsi tentang pengalaman hidup yang lalu dan yang akan datang insyaallah....dah la byk sangat merepek ni tulis lah pe lagi.....

Sedikit Biodata tentang aku.
Nama yang diberi oleh ayah n umi adalah MOHD NOOR AKMAL
Tarikh kelahiran aku didunia ialah tanggal 260485
Aku anak sulung dari 4 adik beradik
 dah lah tu je kot lain-lain ada kat dalam cerita bersiri yang di blog kan hehehe....

( KECILKU )

Pada tanggal 26/04/1985 pada hari Jumaat lahirlah aku kat dunia dari perot umi aku dihospital Queen Elizebeth Labuan Sabah jam lebih kurang 1545hrs...tu je aku tau yang lain2 aku tak tau coz mak aku tak cite pon ape yang brlaku masa lahir...

Apabila lahir je mak aku dah stanby awal2 nama aku maka tercatitlah kat dalam surat kelahiran aku MOHD NOOR AKMAL itu nama yang menjadi pilihan umi n ayah aku...dalam keadaan membesar aku sendiri tak ingat la tapi umi ada cerita lah sikit2,aku ni dulu masa kecik2 sangat disayangi oleh ayah,almaklumlah anak sulung kan.Apa je ayah tak belikan untuk aku macam2 barang bayi,permainan n dll.Pernah umi cakap masa ayah ngah bersembang kat luo umah tibe2 dengo aku menangis trus je die masuk amik aku pasti membebel kat umi nape tak jaga aku huhhh terharu aku dengonye ase nak menitik air mata tapi tahan kene konrol macho mase depan umi n member haha.Mase kecik comel gak aku putih,montel hehe tu apa yang aku ngok kat pic yang ada la nak upload pic tu mcm malas je so tak yah la nak buat ape pun kan bio pic tu dok kat dalam album.....

TADIKA )

Setahun sebelum aku ke alam tadika alu telah dikurniakan seorang adik yang diberi nama MUHAMMAD KAMARUL ARIFFIN dan setahun selepas itu barulah aku Masuk alam tadika.Pembelajaran waktu kecik haha…Tadika aku di sebuah sekolah yang berbentuk islamic coz ayah suke anak die ada budaya islamic maka bersekolah lah tadika disatu tempat yang berkonsepkan islamic.Cerita pasal tadika ada 1 cerita lucu yang paling aku ingat sampai bile2 pon...haha 1 hari sekempulan nurse datang kat tadika untuk injection apa aku pon tak tau,time tu aku adalah orang paling cuak coz tak suke nak kene injection apa lagi bermula episod kejar mengejar antara aku ngan cikgu yang cube menenangkan aku,tak cukup ngan tu sekempulan nurse tadi plak join ngan cikgu2 aku habis satu sekolah aku lari last2 diorg call umi n ayah suwo datang tenangkan aku mase tu mane nak fkir malu yelah masa kecik kan last2 bile umi pujuk2 nurse2 tadi berjaya gak menyuntik punggung aku ni,punyalah aku menjerit rase nak terkeluar je anak tekak ni nasib bek kukuh haha....Tapi masa ni umu n ayah cakap aku cukup suke pergi skool haha kecik2 rajin la kot….Masa ni gak aku telah dikurniakan adik ketiga plak tu yang diberi nama NUUR ASHILAH…

RENDAHNYA )

Sekolah rendah hmm!!...Tak de yang menarik sangat sebab pada awalannya bermula dari darjah 1 hingga ke darjah 4 aku telah dihantar ke sekolah pondok.dan disitu aku belajar berdikari,menguruskan hidup sendirian tampa ada yang membantu kecuali rakan2.Masuk ke darjah 5 aku telah berhenti di sekolah pondok dan kemudian telah dihantar ke sekolah rendah biasa,walaupon suasana agak janggal bagi aku namun aku dapat sesuaikan dengan keadaan sekeliling.Pada masa ini jugak aku telah dikurniakan seorang lagi adik yang diberi nama NUUR ATIKAH.Namun kehidupan semasa ini bukan seperti rakan2 yang lain,kerana dirumah aku tidak mempunyai TV,Set Sofa atau lain2 kelengkapan kerana ayah mugkin tidak mampu tapi kami beradik faham akan keadaan itu yang penting cukup makan,boleh ke sekolah sudah bersyukur.Namun ayah seorang yang sangat berusha sehingga membuka perniagaan miliknya sendiri semasa itu lah kami adik beradik dapat rasa apa yang rakan2 lain ada.Terima kasih ayah.

Setahun selepas itu aku menghadapi UPSR,penilaian tahap pembelajaran disekolah rendah.Setiap malam aku membuat ulangkaji dan dengan doa ayah n umi yang tak pernah putus pada akhiranya aku mendapat keputusan yang agak cemerlang walaupon bukan seperti diharapkan,aku tetap bersyukur alhamdulillah.

1 comments:

Catat Ulasan

Banner generated at Pimp-My-Profile.com