SELAMAT DATANG

Kedalam separa picisan hidup melalui penulisan dalam merentangi garis alam.Ini adalah aku yang sendiri yang ikhlas dalam coretan tentang semua.




Cari Apa Saja

SINOPSIS AKU V0.08

14 Januari 2011


( KEHIDUPAN YANG LAIN )

Kehidupan yang lain….Ini adalah sinopsis terakhirnya untuk kehidupan aku yang lepas.Tentang hobi, ,cita2 dan kerjaya aku dan lain2 yang ada sangkut paut.Bercerita tentang kerjaya,aku sekarang adalah salah seorang anggota beruniform sejak tahun 2004 sehingga sekarang.Pada awalanya kerjaya ini bukan aku yang pilih kerana aku sendiri tak minat nak kerja bawah telunjuk orang tetapi walaupon ada orang kata orang beruniform ni segaklah bergaya lah n lain2 lagi.Tapi  kerana ayah yang bersungguh dan aku juga tidak mahu menghampakan hati beliau aku menurut.Namun setakat hari ini kerjaya inilah yang memberi rezeki aku untuk hidup di Kotaraya metropolitan ini.Dan kerjaya ini juga telah memberi aku satu inspirasi yang aku angan kan diwaktu kecil dahulu iaitu berniaga.Alhamdulillah pada penghujung 2010 berbekal modal pinjaman peribadi melalui kerjaya ini aku telah Berjaya membuka perniagaan kecil2 lan di bazar2 malam yang berhampiran dengan kediaman aku sendiri.Betul kata ayah belajar bekerja dahulu baru boleh bekerja untuk diri sendiri dan hari ini aku akuinya.Dan bermula tahun 2011 ini aku akan teruskan apa yang aku mulakan sehingga aku Berjaya seperti orang lain insyaallah kerana ini lah cita2 aku didalam azam tahun baru kali ini.Aku akan cuba sedaya upaya mencuba yang terbaik untuk diri sendir.Berhenti dari kerjaya yang ada sekarang???belum dapat aku pastikan,insyaallah kalau apa yang aku lakukan ini Berjaya lebih dari apa yang aku harapkan mungkin itu keputusan aku di masa depan.

Hobi….Dari aku kecik lagi aku sangat berminat dengan sukan permotoran.Kerana sukan ini memberikan satu cabaran yang sangat tinggi.Kalau sebelum ini aku hanya bermain go-kart namun pada 2009 aku mula mengenali satu sukan yang ekstrem,iaitu sukan Drift.Bermula dengan membeli sebuah kereta Toyota Corolla KE70 aku mula berlatih serta mengenali selok belok sukan ini,selain itu aku juga turut membeli Video2 dari Jepun tentang sukan ini untuk pembelajaran yang lebih.Tak lama selepas itu kereta sport pertama aku dalam hidup ini Toyota AE86,kereta yang menjadi kegilaan ramai sejak filem Initial D,Tokyo drift diterbitkan.Selang beberapa bulan selepas itu aku mendapatkan sebuah lagi kereta sport yang juga menjadi popular di Malaysia dek kerana sukan drift ini,Nissan Silvia S13…fuhh bangga tak hinggat bile bawak kereta ni.Sehingga sekarang aku terus berlatih untuk menjadi professional drifters seperti rakan2 yang lain.

Hmm…ini sajalah setakat ini untuk sinopsis yang ada.Mane tau selak2 Diary yang lama ni terjumpa lagi yang lain,makna katanya aku sambung jelah apa yang ada….chooowwww!!!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Banner generated at Pimp-My-Profile.com