SELAMAT DATANG

Kedalam separa picisan hidup melalui penulisan dalam merentangi garis alam.Ini adalah aku yang sendiri yang ikhlas dalam coretan tentang semua.




Cari Apa Saja

SINOPSIS AKU V0.05

11 Januari 2011

( Langkah ku dan Tujuan ku )

Setelah dapat keputusan SPM aku mula menyibukkan diri mengisi borang2 kerja,borang2 permohonan belajar ke IPTA,IPTS.Tak kurang jugak kerja disana sini habis sume kilang kat tempat aku,aku test dan hakikatnya baru aku tahu yang bahawasanya aku tak buleh kerja kilang langsung coz tak masuk betu dengan jiwa aku hahaha.
Pada pertengahan tahun 2003 aku telah dipanggil interview oleh RISDA dijohor bahru dan tak lama lepas tu aku telah diterima bekerja di RISDA dan aku telah ditempatkan di Pejabat RISDA Daerah Kota Tinggi Johor dengan jawatan sandaran,seronok bekerja disana banyak pengalaman yang aku dapat.Namun tak bertaha lama kerana dengan gaji yang kecik aku nak bayar duit rumah,Duit tu Duit ni dah tak cukup walaupon dah habis bajet then umi n ayah menyarakan aku berhenti maka awal tahun 2004 aku pon menghantar surat berhenti.Balik lah aku semula ke Kluang.di kluang aku telah berkerja di KFC Pusat Bandar Kluang walaupon letih tetapi kerja disini sangat seronok coz ramai kawan2 kan.Dalam masa yang sama aku telah memohon serta hadir ke interview terbuka tak kira apa pun aku redah je,tu sume atas cadangan ayah,aku patuh dan akur je bagi menjaga hati dan perasaan beliau.kerana aku sendiri tak berminat sebenarnya nak kerja dengan orang,aku lagi berminat nak berniaga sendiri,nak jadi boss untuk diri sndir tapi ayah cakap kerja dan blajar dulu dari pengalaman nanti baru buleh jadi bos untuk diri sendiri
 Pada pertengahan 2004 aku telah menerima beberapa surat tawaran dari badan beruniform,maka aku terpaksa membuat pilihan yang mana patut aku memilih.Dan akhirnya aku memilih sebagai anggota yang menjaga keamanan Negara tak kira siang atau pon malam.Tanggal 01.09.2004 aku melaporkan diri di PULAPOL Kuala Lumpur untuk menjalani latihan asas selama enam bulan.Didalam sana macam2 aku blajar dari badan aku kurus sampai lah membesar dengan bijak haha,dari aku tak pernah pegang senjata samapai lah menembak semua aku dapat.Pada tahun 2005 aku telah dihantar ke Daerah Subang Jaya dan disitu lah aku telah dihantar ke bahagian kuda putih haha orang kata lah kan.Pada tahun 2009 aku telah dinaikkan pangkat ke satu calit sehingga lah sekarang 2011.Namun hati ini tak sabar untuk aku melihat perniagaan yang aku bina ni Berjaya dan membesar bak juara supaya aku boleh jadi bos kepada diri aku sendiri.Sampai masa nya nanti aku akan tinggal kan dunia beruniform aku sekarang ni walaupun dunia ni lah yang telah banyak memberi aku kebaikkan namun ianya tetap bukan dalam hati ku.Aku akan meneruskan cita2 aku iaitu menjadi bos kepada diri aku sendiri didalam kehidupan ku dan mempunyai syarikat,perniagaan aku sendiri itulah apa yang aku impikan dari dahulu.insyaallah ,mudah-mudahan termakbul doa ku ini aminnnn…

0 comments:

Catat Ulasan

Banner generated at Pimp-My-Profile.com