SELAMAT DATANG

Kedalam separa picisan hidup melalui penulisan dalam merentangi garis alam.Ini adalah aku yang sendiri yang ikhlas dalam coretan tentang semua.




Cari Apa Saja

SINOPSIS AKU V0.06

12 Januari 2011

( BERPACARAN )

Berpacaran…Aku pon tak tahu nak mula dari mana tapi yang aku tahu masa zaman skoll dulu tak pernah pulak nak berpacaran,klo nak kata tak de hati n prasaan kat sape2 tu bohong lah kan ada tu tetap ada tapi dek kerana prasaan malu yang sangat menebal so biarkan je prasaan tu berlalu.Orang kate cinta masa skoll ni cinta monyet ntah mane diorg tau monyet pon bercinta aku tak la plak pastikan dan selidik.Tak kurang gak yang minat kat aku walaupon aku ni tak lah berapa nak hancem kan tapi malu nye pasal,aku jadi malas nak melayan.Lagi satu masa skoll plak aku adalah salah seorang geng FTG (f**k the galz) bukan sebab apa,sebab dak2 masa skoll bajet macam bagus sangat.Tapi lepas je habis SPM aku ada plak awek,dari planet mane datangnye aku pon tak tau haha.Yelah mungkin sebab jeles kot ngok member berpacaran so aku pon nak gak rase macam mane kan.Lagi2 bile kene racun ngan member2 suwo teackle awek tu lah,awek nil ah ingat apa pasar borong ke apa haha.

Seawal menceburi bidang berpacaran aku telah terjatuh hati ngan sorang minah ni,tiap2 petang bile aku main bola sepak kat padang berhampiran rumah die mesti lalu punyalah,so satu hari aku Tanya lah kat sorg member ni awek mane tu?dengan ikhlas member pon jawab awek taman sebelah aku kenal adik dia…ye ke!!,jalan tu mudah lah aku nak berkenalan haha..Dengan segannya aku mintak tolong ngan member aku tadi n ngan ikhlas skali lagi member aku pon menyudi kan diri untuk membantu.Bile member dah membantu terjadilah pertemuan pertama di Pusat Bandar Kluang,berdebor-debor rase hati pertama kali bertemu mana tak nye,pernah plak aku dating2 ni kan.So bile berjumpa di tempat yang ditentukan kami pon berjumpa rupenye die malu2 aku pon same gak ngan aku.Tapi bile first time ngok mke die dekat2 hati n prasaan mule tak stabil mane kan tidak lawa,cun,comel tu lah yang kluo kat hati aku cume tak sampai kat mulot je hehe.Muke ala2 or kacuk2 arab sket ada member2 kate muke die mcm Sharifah Amani sket hahaha tak tau lah orang kate bukan aku kate yerk.Masa face to face tu huh nak ckp ape aku pon tak tau yelah first time jumpa hari tu baru aku taw mcm ni orang jatuh cinta yer…Setelah lama lepas tu aku tau bukan mudah jika kita nak mendambakan cinta,mane tak nye dekat 5 bulan aku mengayat nye tak gak dapat2,tak gak couple2 ni tapi kluar bersama tu ada lah kan tapi still tak deaclare gak.Then sabor punya sabor,ayat punya ayat akhirnya kami telah mendeclarekan diri kami sebagai pasangan kekasih fuhhh cinta pertama telah berputik tapi malang nye malam yang kami deaclare tu keesokkanya aku dah kene lapor diri kat PULAPOL Kuala Lumpur.Sedih rasa hati ni,rase tak nak pergi melapor pon ada tapi die banyak member aku semangat.Dengan langkah yang berat aku gagah kan jugak.

Farah Farhana bte Abdullah itu lah nama orang pertama yang bertahta dihati ini.01092004 itulah tarikh keramat cinta pertama aku,Farah lah yang menjadi pembakar semangat aku untuk terus berlatih di PULAPOL Kuala Lumpur,setiap minggu Farah akan menghantar surat serta gambar dirinya untuk menjadi tatapan aku.Setelah aku tamat latihan Farah telah berpindah ke Kuala Lumpur kata nya supaya boleh dekat dengan aku,boleh menjaga aku,masa tu aku rase sangat bahagia hampir setiap hari kami meluangkan masa bersama,berjalan bersama,bila aku sakit Farah lah orang pertama akan menjaga aku banyak kenangan manis kami ciptakan disini seolah-olah percintaan kami sehingga akhir hayat kami dan bila ada kesempatan kami akan balik ke Johor bersama melawat ayah dan bonda kami.Di Kuala Lumpur Farah berkerja sebagai kerani di MPOB dan dalam masa yang sama Farah telah di pelawa untuk menjadi model sambilan disatu syarikat pengantin.Setelah hampir 5 tahun kami bersama kami telah merancang untuk berkahwin dan pada masa yang sama Farah ada minta izin untuk pulang ke kg di Kluang,Johor,katanya untuk bergiat dalam bidang perniagaan,dsana Farah telah membuka 1 restoran dan lama kelaman aku terasa terlalu jauh dengan dirinya tapi aku cube memahami akan kerjaya nya menguruskan restoran yang baru dibuka.Namun kami tetap berhubung dan pada masa yang sama membincangkan hal2 perkahwinan yang kami telah rancangkan.Tetapi seperti ada sesuatu perasaan yang aku dapat rasakan bahawasanya ini sume takkan berlaku namun aku mengangap itu hanyal mainan prasaan.Walaupon Farah sendiri seolah-olah cuba menjauhkan diri dari aku,namun aku tetap menyangka bahawa Farah sibuk dengan apa yang dilakukan menguruskan restoran,part time modeling.Setelah lama selepas itu apa yang aku sangka baik rupanya ditidak kan oleh takdir yang tidak menyebelahi aku.Akhirnya satu kejadian yang tak aku sangka telah berlaku,perkabaran dari rakan2 menyatakan ada ternampak kelibat Farah bersama lelaki lain.Walau pada awalnya aku tidak percaya dan ditambah dengan pernyataan tidak dari Farah akhirnya aku selidik dan oleh kerana tuhan hendak menunjukkan kebenaran terlihatlah oleh sepasang mata aku kejadian yang tidak di ingini.Pada masa itu tuhan saja yang tahu betapa luruh nya hati n perasan aku,orang yang aku sayang,yang aku kasih malah yang aku ingin jadikanya isteri buat aku seperti ini namun kerana saying aku pendamkan walaupon racun2 dari rakan2 supaya aku gadai je nyawa lelaki tersebut buat ulam badan die tapi aku tak temakan dengan racun2 perosak tersebut.Lama aku pendamkan tampa bertanya dengan Farah siapa kah kelibat lelaki tersebut kerana masa tu aku menganggap  lelaki tersebut mungkin tidak lebih dari seorang rakanya.
Pada 050308 jam lebih kurang 2010hrs aku menerima panggilan dari Farah yang menyatakan bahawa die ingin berpisah dan akan berkahwin tak lama lagi puas aku memujuk dan merayu namun sedikit pun tak di endahkan olehnya dan pada masa yang sama skali lagi hati n prasaan aku seperti dirobek atau diracun dengan sangat kuat serta dengan tidak semena2 air mata seorang lelaki mengalir menitis tampa dipaksa.Hampir beberapa bulan aku mengalami kemurungan akibat kesedihan namun didepan rakan2 serta family aku gagah kan diri untuk tersenyum,ketawa kerana aku mempunyai sifat yang tidak suka orang lain merasa apa yang aku rasa tentang kesedihan atau kesusahan sedangkan hati sangat rosak diracuni oleh janji manis seorang wanita yang aku anggap sebagai pasangan sehingga akhir hayat.
Dan akhirnya aku tahu cinta itu bukan sekadar cerita tentang kebahagian,keindahan,kemanisan namun dalam nya terselit pahit,pancaroba,racun dan luka seribu duka.Aku sendiri cuba belajar untuk melupakanya walau hakikatnya bukan mudah kerana dia adalah cinta pertama,wanita pertama yang telah mencuri hati n perasaan ini.Aku juga belajar bagaimana sakit nya alam percintaan ini.Terima kasih kepada Farah Farhana atas pengalaman ,kesedihan,kekecewaan yang engkau telah berikan.

0 comments:

Catat Ulasan

Banner generated at Pimp-My-Profile.com